Bersatu sertai PH, guna satu logo, manifesto, calon dalam PRU14

Tun Dr Mahathir MohamedTun Dr Mahathir MohamedParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan akan mengunakan satu logo, satu calon  dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyertaan parti itu dalam satu gabungan telah pun dipersetujui oleh parti- parti dalam Pakatan Harapan.

"Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

Menurut Dr. Mahathir lagi, perkara ini sudah dimaklumi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

"Kepimpinan setiap parti  (Pakatan Harapan) akan memberikan maklumat, tentang persetujuan (gabungan) kita secara rasmi nanti," ujarnya.

Dr Mahathir berkata,pihaknya akan menghantar surat rasmi mengenai gabungan ini kepada Pakatan Harapan.

Ditanya mengapa kini parti itu mahu mengadakan gabungan setelah satu perjanjian kerjasama ditandatangani dengan Pakatan Harapan pada Disember tahun lalu.

"Dulu hanya perjanjian kerjasama sahaja ia bukan satu keputusan muktamad untuk mengadakan gabungan.

"Ini kerana bukan saya seorang yang buat keputusan, kena ada persetujuan ahli biasa, apa yang saya cakap hanya pendapat sahaja.

"Kita akan hantar surat untuk menyatakan cadangan ini kepada Pakatan Harapan, saya fikir Pakatan Harapan sudah tahu pun pasal kita nak buat gabungan ini.

"Saya percaya kali ini parti lawan akan bersetuju dengan cadangan ini kerana kekalahan mereka dulu kerana  mereka tidak bersatu dalam satu gabungan," ujarnya.

Turut hadir  dalam sidang media ini, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tun Dr  Mahathir (tengah) dalam sidang media yang diadakan petang ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Tun Dr Mahathir (tengah) dalam sidang media yang diadakan petang ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel