• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Amanah gesa KPN siasat dakwaan Malaysia jual senjata Korea Utara

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengetuai serahan memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan Malaysia terlibat  dengan penjualan senjata dari Korea Utara Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengetuai serahan memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan Malaysia terlibat dengan penjualan senjata dari Korea Utara

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.

Gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam memorandum yang diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini beliau mendakwa terdapat aktiviti penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS).

Beliau turut mendakwa, terdapat syarikat yang beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang juga dimiliki oleh orang kuat sebuah parti politik di negara ini dan dikatakan Korea Utara dapat mewujudkan pusat penjualan senjata mereka di sebuah bangunan di Little India, Kuala Lumpur.

"Adakah pihak polis mengetahui kewujudan syarikat tersebut di Malaysia? Jika ya, bagaimana pihak polis membenarkan syarikat tersebut beroperasi di Malaysia?

"Kenapa syarikat yang didakwa tersebut ditutup secara tiba-tiba sejurus kes pembunuhan Kim Jong Nam?

"Ketua polis negara perlu memberikan penjelasan terhadap persoalan ini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum tersebut.

Dalam kenyataan sebelum ini, Salahuddin berkata, apabila berlaku krisis Kuala Lumpur-Pyongyang ketika ini akibat pembunuhan politik abang tiri Presiden Korea Utara, ada pihak termasuk Reuters telah dapat menimbulkan beberapa penemuan menarik yang semacam tersembunyi daripada pengetahuan umum sebelum ini seperti kemudahan Imigresen tanpa visa oleh rakyat Korea Utara ke negara ini.

Turut bersama Salahuddin ialah Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan, Timbalan Ketua Faiz Fadzil dan Naib Ketua Shazni Munir Mohd Ithnin.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel