• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Saya dipilih rakyat, Rosmah tidak - Guan Eng

Lim Guan EngLim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan mempunyai kelayakan eksekutif sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP), sungguhpun tidak mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan berkaitan pengurusan air.

Ini kerana beliau dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, adalah tidak wajar kedudukannya sebagai Pengerusi PBAPP dipertikaikan demi mempertahankan kelayakan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor dalam menguruskan Pusat Anak Permata Negara (Permata).

"Saya memegang jawatan kerana saya adalah Ketua Menteri dan jawatan Ketua Menteri adalah dipilih oleh rakyat.

"Datin Seri Rosmah tidak dipilih rakyat, beliau bukan wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan.

"Jangan bandingkan seseorang yang tidak mempunyai jawatan kecuali sebagai isteri perdana menteri, dengan jawatan yang dipegang oleh semua menteri besar dan ketua menteri," jelasnya yang juga Adun Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita petang tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan pembantu Rosmah, Rizal Mansor yang mempertikaikan kelayakan Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP.

Rizal menjawab kritikan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin yang mempertikaikan kelayakan akademik dan profesional Rosmah sebagai Pengerusi Permata.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel