Adam Rosly dipanggil lagi ke SPRM

Datuk Adam Rosly

Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Dia yang hadir berbaju batik jingga menaiki kereta Audi berwarna hitam, dilihat memasuki pejabat SPRM pada jam 2.30 petang tadi bagi memberi keterangan kali kedua kepada SPRM berhubung dakwaan terhadap dirinya.

Sumber SPRM berkata, soal siasat mungkin berlanjutan hingga lewat petang ini. Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah pun merakam keterangan Adam berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR seperti dipetik BH Online.

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, satu laporan terhadap SPRM telah dibuat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: