Kit Siang takut isytihar kedudukannya dalam Pakatan Harapan, kata Salleh

Datuk Seri Dr Salleh KruakDatuk Seri Dr Salleh KruakMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa penasihat DAP Lim Kit Siang  takut untuk mengisytiharkan kedudukannya dalam gabungan Pakatan Harapan.

Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata dalam Umno, hirarki kepimpinan adalah jelas berhubung siapa yang menjawat jawatan nombor satu, nombor dua dan nombor tiga.

"Sekurang-kurangnya dalam Umno, kami jelas tentang hirarki dan tentang siapa yang mengeluarkan arahan.

"Keadaannya tidak sama bagi Pakatan Harapan," katanya dalam catatan terkini menerusi blog sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Salleh berkata dalam Pakatan Harapan, mereka bersembunyi di belakang perkataan 'penasihat' dan pada masa sama, membuat semua keputusan seorang diri, sepertimana yang lazimnya dilakukan oleh diktator.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel