Pocket Roket Man rangkul pingat emas pertama kejohanan dunia

Mohd Azizulhasni AwangMohd Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong malam tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; www.trackworldchamp.hk.

Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Terdahulu, seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: