Kekayaan luar biasa: Pemimpin muda PKR direman 5 hari

Seorang pemimpin muda PKR Selangor direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Perintah reman sehingga 18 April itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas SPRM mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Terdahulu, lelaki bergelar 'Datuk' berusia 28 tahun itu tiba pada pukul 9.25 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dalam keadaan tangan bergari.

Lelaki itu dilihat tersenyum ketika keluar dari kenderaan dan diiringi kira-kira 10 anggota keluarga serta penyokongnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang dihubungi Bernama semalam berkata pemimpin muda itu ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM, di sini, pada 2.30 petang semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan itu.

Lelaki itu menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasanya yang didakwa memiliki banglo bernilai jutaan ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, Ketua Bahagian Umno Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: