Pas Johor tanding 40 kerusi jika tidak bersama pembangkang

Dr Mahfodz MohamedDr Mahfodz Mohamed

Pas Johor dijangka bertanding di lebih 40 kawasan di negeri itu sekiranya Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk tidak lagi menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu adalah melebihi 38 kerusi yang ditandingi pada PRU Ke-13 semasa ia berada dalam gabungan pembangkang bersama-sama dengan DAP dan PKR negeri.

"Bagaimanapun, keputusan bertanding berapa banyak kerusi bergantung kepada keputusan Muktamar PAS nanti sama ada memutuskan hubungan atau tidak dengan PKR, yang kemudian perkara itu ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama," katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PAS Johor yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr. Sanusi Daeng Mariok di Parit Sulong, hari ini.

Mahfodz berkata sekiranya bersendirian, Pas Johor akan bertanding di lebih banyak kawasan dan meletakkan calon berpotensi pada PRU14.

Pas bersiap siaga menjalankan persiapan sejak empat bulan lepas melalui program-program turun padang dan gerak gempur di semua kawasan-kawasan Dun yang dimenanginya.

Antara kawasan tumpuan parti itu ialah Dewan Undangan Negeri (Dun) Maharani, DUN Puteri Wangsa, Dun Sungai Abong dan Dun Parit Yaani.

"Kita juga akan menerima senarai calon dari semua kawasan dan hanya meletakkan mereka yang boleh membawa kemenangan kepada Pas, katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: