DAP Johor sedia berdepan 3 penjuru jika Pas terus degil

Sheikh Omar Ali

Kenyataan Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa Pas akan bertanding di lebih 40 kawasan di negeri itu jika tidak lagi bersama PKR menggambarkan sikap pentingkan diri.

Sheikh Omar Ali

Kenyataan Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa Pas akan bertanding di lebih 40 kawasan di negeri itu jika tidak lagi bersama PKR menggambarkan sikap pentingkan diri.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, jika Pas terus mengambil pendirian sebegini, hasrat untuk melakukan agenda perubahan di peringkat negeri dan nasional sukar direalisasikan.

Justeru beliau menegaskan, DAP Johor akan bekerja keras untuk memastikan semua kerusi yang ditandingi parti-parti Pakatan Harapan dimenangi dalam Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Kemenangan di mana jua kerusi yang ditandingi oleh DAP, Bersatu, PKR dan Amanah baik di peringkat parlimen mahupun Dun akan menjadi sasaran kerja utama pada pilihan raya nanti.

"Apa jua cabaran termasuklah kemungkinan untuk berhadapan pertandingan 3 penjuru akan dihadapi dalam bentuk kolektif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini kerana katanya jelasnya, kemenangan bersama Pakatan harapan adalah satu kemestian bagi berhadapan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya.

"Hanya dengan kemenangan bersama, PH boleh membentuk kerajaan di negeri Johor. Dalam erti kata lain, strategi untuk merangka kemenangan bersama parti-parti komponen tidak boleh sama sekali dipandang enteng," katanya.

Semalam, Mahfodz berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dun yang mungkin ditandingi itu adalah melebihi 38 kerusi yang ditandingi pada PRU Ke-13 semasa ia berada dalam gabungan pembangkang bersama-sama dengan DAP dan PKR negeri.

"Bagaimanapun, keputusan bertanding berapa banyak kerusi bergantung kepada keputusan Muktamar Pas nanti sama ada memutuskan hubungan atau tidak dengan PKR, yang kemudian perkara itu ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama," katanya seperti dipetik Bernama.

Mahfodz berkata sekiranya bersendirian, Pas Johor akan bertanding di lebih banyak kawasan dan meletakkan calon berpotensi pada PRU14.

Pas bersiap siaga menjalankan persiapan sejak empat bulan lepas melalui program-program turun padang dan gerak gempur di semua kawasan-kawasan Dun yang dimenanginya.

Antara kawasan tumpuan parti itu ialah Dewan Undangan Negeri (Dun) Maharani, DUN Puteri Wangsa, Dun Sungai Abong dan Dun Parit Yaani.

"Kita juga akan menerima senarai calon dari semua kawasan dan hanya meletakkan mereka yang boleh membawa kemenangan kepada Pas, katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel