Parti Warisan nafi 300 ahli di Semporna keluar parti

Datuk Hisham Abdul Fattah Datuk Hisham Abdul Fattah Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan seramai 300 ahlinya kembali menyertai Umno dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Semporna semalam.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Datuk Hisham Abd Fattah berkata, ahli parti warisan sama ada di Semporna mahupun di seluruh Sabah tetap teguh dan kukuh berjuang bersama parti Warisan.

"Kita akan terus memberi sokongan serta kesetiaan tidak berbelah bagi kepada barisan pimpinan Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Rakyat Sabah sudah semakin tertarik, semakin yakin dan memahami perjuangan yang dibawa oleh parti warisan ini justeru itu tidak timbul isu lompat mahupun berpaling tadah kepada parti lain," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Dimaklumkan kumpulan yang mengetuai penyerahan borang kononnya 300 ahli Warisan akan kembali kepada Umno itu yang diserahkan oleh wakilnya, Jalin Luin dakwanya lagi, Jalin  tidak pernah menyertai parti Warisan sebagaimana dilaporkan di laman sosial facebook oleh penyokong Umno.

Kenyataan yang menyebut kononnya Jalin Luin bersama 300 ahli Warisan menyerahkan borang kembali kepada Umno dilaman facebook.Kenyataan yang menyebut kononnya Jalin Luin bersama 300 ahli Warisan menyerahkan borang kembali kepada Umno dilaman facebook.

"Jalin memang keluar Umno tetapi bukan ahli Warisan, tidak pernah mendaftar menjadi ahli. Dia bukan mewakili 300 ahli Warisan yang sertai Umno semula dalam majlis tersebut," ujarnya.

Borang 300 ahli yang kembali semula kepada Umno itu telah diserahkan oleh Jalin kepada Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dengan disaksikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna merangkap Adun Senallang Datuk Sri Nasir Tun Sakaran dan Adun Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

Hisham yang juga Timbalan Biro Penerangan Warisan berkata, kepercayaan rakyat Sabah terhadap parti Warisan pimpinan Shafie semakin mendapat sokongan terutama dikalangan ahli Umno dan parti komponen BN di negeri itu yang menyertai Warisan.

"Setiap kali program dianjurkan parti Warisan, kemasukan beramai-ramai ahli dari parti umno dan juga parti-parti lain di negeri ini.

"Baru saja semalam di Sandakan kita menyaksikan penghijrahan ahli dari Parti Bersatu Sabah (PBS) seramai 500 orang yang diketuai oleh pengasas parti itu Shirly Chein pada tahun 1985 itu, untuk menyertai Warisan yang baru ditubuhkan ini," ujarnya.

Sebagai rekod Parti Warisan Sabah ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Oktober tahun lalu dengan menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS) yang ditubuhkan pada 2013.

Bekas Ketua Umno Bahagian Semporna itu pada 4 Julai tahun lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti.

Pengumuman dibuat selepas Majlis Tertinggi Umnomemecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menter Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 24 Jun tahun lalu.

Muhyiddin dan Mukhriz kini adalah Presiden dan Timbalan Presiden bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan pada September tahun lalu.

 Shirly Chein (tiga dari kiri) bersama ketua-ketua cawangan PBS  dan500 ahlinya  menyertai parti Warisan  bergambar bersama Datuk Seri Shafie Apdal (tiga dari kanan) selepas majlis  yang diadakan pada Sabtu lalu.Shirly Chein (tiga dari kiri) bersama ketua-ketua cawangan PBS dan500 ahlinya menyertai parti Warisan bergambar bersama Datuk Seri Shafie Apdal (tiga dari kanan) selepas majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel