Mukhriz hantar notis makluman kepada polis untuk teruskan debat

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah telah menghantar notis makluman kepada polis berhubung cadangan debat antara Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Ketua Umno Pokok Sena, Haris Che Mat, pada 27 April atau 5 Mei ini.

Menurut pegawai media Mukhriz, Mohd Fisol Jaafar, notis bertujuan mendapatkan kebenaran polis itu diserahkan kepada pihak berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar petang semalam.

Program debat itu dicadang diadakan di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Lebuhraya Darulaman.

Mohd Fisol berkata tujuan debat itu ialah untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan Haris ketika mencabar Mukhriz, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, untuk berdebat.

Mukhriz kini Pengerusi Badan PBBM Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam.

Haris yang juga bekas pegawai khas Mukhriz itu gagal mengadakan debat pada 6 atau 15 April yang lalu seperti yang dicadangkanya.

Justeru Mukhriz dalam notis maklumannya juga menyatakan beliau membuat permohonan untuk mengadakan debat di lokasi yang dinyatakan itu bertujuan untuk membantu Haris adakan debat ditempat yang dipohon memandangkan setakat ini Haris telah gagal memperoleh kebenaran untuk adakan ddebat di kawadan yang dicadangnya itu.

Pada 6 April lalu Mukhriz dalam kenyataannya dipetik berkata, ada beberapa perkara yang telah beliau lontarkan kepada Haris sebelum ini yang menjadi dasar dan asas kepada persetujuaan mengadakan debat itu yang masih belum dijawab oleh Haris.

Antaranya berkenaan harta kekayaan anak tiri kepada perdana menteri, Riza Aziz dan sumbangan RM500 juta untuk Pokok Sena sebelum debat diadakan.

Justeru Mukhriz menetapkan debat itu diadakan sama ada pada 27 April atau 5 Mei depan untuk memberi ruang kepada Haris menjawab soalan dikemukakannya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: