Hishammuddin keliru portfolio, tanda PRU14 makin dekat

Hamzan Hishamuddin

Pelantikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kepimpinan Umno dalam keadaan bergolak, kata Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan.

 

Mohd Sany HamzanPelantikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri  Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kepimpinan Umno dalam keadaan bergolak, kata Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak itu dakwanya, seolah-olah merendah-rendahkan peranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sedangkan tugas Timbalan Perdana Menteri adalah membantu secara rasmi kerja-kerja dan peranan Perdana Menteri namun perlantikan Hishamuddin menzahirkan bahawa Najib lebih percaya dan mahu memberikan ruang lebih besar terhadap sepupunya itu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sany lagi, walaupun Hishamuddin dalam satu kenyataan pernah berkata, satu daripada tugasnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah membantu Perdana Menteri memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), sedangkan peranan jawatan barunya itu selari dengan tugasan Menteri Pertahanan yang sedang disandangnya.

"Hishamuddin seolah tidak tahu peranannya sebagai Menteri Pertahanan yang merangkumi semua skop melibatkan keselematan negara termasuk Sabah.

"Hishammuddin juga berkata beliau belum bersedia untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tugas selebihnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas itu.

"Amanah berpandangan sebagai kerajaan yang diberi kuasa oleh rakyat, kerajaan perlu memaklumkan tugas-tugas menteri secara rasmi," ujarnya.

Katanya lagi, sebelum ini Pemuda Amanah pernah menyuarakan kepada kerajaan supaya dapat mengurangkan bilangan jawatan-jawatan yang dilihat tidak berperanan dan berlaku pentindihan potfolio di Jabatan Perdana Menteri.

"Dalam mengurangkan kos serta memastikan ia benar-benar efisyen, kami merasakan jawatan baru yang diwujudkan ini hanya menambahkan kos dan meningkatkan kecelaruan potfolio antara menteri-menteri kabinet.

"Umum mengetahui, Ahmad Zahid bukanlah tokoh yang benar-benar 'sealiran' dengan Najib dan ramai melihat beliau adalah 'ancaman' besar terhadap Najib.

"Ini menyebabkan Najib perlu memberi kuasa baharu kepada Hishamuddin dalam meneruskan legasi kepimpinan mengikut kemahuannya," ujarnya.

Justeru Pemuda Amanah berpandangan dengan pelantikan Hishamuddin itu, jelas memberi isyarat bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam tempoh yang terdekat.

"Najib akan berundur kerana terpaksa menerima hakikat liabilitinya kepada BN dan akan mewajahkan Hishamuddin sebagai penggantinya," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel