Pertuduhan rasuah RM30.3 juta: Exco Johor mengaku tidak bersalah

Tertuduh berdepan 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta

Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Tertuduh, 51, bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, masing-masing berdepan 33 pertuduhan membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif untuk melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera itu, dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel