Cikgu Kamarul keluar Bersatu

Kamarulazman Habibur Rahman
Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman yang dilantik sebagai Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  telah mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar parti hari ini.

Kamarulazman Habibur RahmanPengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman yang dilantik sebagai Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar parti hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)  telah  mengadakan sidang medianya hari ini  untuk menyatakan hasrat keluar parti dan akan menghantar surat peletakan jawatan dan keluar parti  dalam waktu terdekat ini.

Difahamkan keputusan yang dibuat oleh  Ketua Bahagian Bersatu Teluk Kemang itu kerana dakwanya, berlaku kronisme dalam pimpinan pusat parti itu terhadap jawatan-jawatan di peringkat bahagian dan negeri seluruh negara.

Beberapa kenyataan rasmi telah dibuat oleh pemimpin utama Bersatu apabila mengetahui Kamarulazman atau mesra di panggil" Cikgu' membuat keputusan mengejut keluar parti.

Satu mesyuarat tergempar di kalangan ahli MPT parti itu dijangka akan diadakan petang ini.

Manakala usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Kamarulazman gagal apabila beliau tidak menjawab panggil telefon bimbitnya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Anina Saadudin berkata, tiada siapa yang boleh menafikan jasa Cikgu Kamarul yang sebelum ini menggerakkan ketua-ketua cawangan Umno untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Bersatu ditubuhkan dalam usaha untuk  mengundurkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

".Walau apapun keputusan Cikgu Kamarulazman saya tahu cikgu ada alasannya yang tersendiri. Saya perlu menghormati  walaupun saya tidak setuju dengan keputusan tersebut," ujarnya.

Kata Anina lagi, dirinya, tidak akan  tunduk dan bersetuju dengan mana-mana pihak yang mengecam keputusan yang dibuat oleh Cikgu Kamarul.

"Sewajarnya kenanglah jasa beliau menggerakkan rakyat, tutuplah mulut jahat kita  jika kita tidak pernah berkorban dan berani menentang Najib sepertimana dilakukan oleh Cikgu Kamarul," ujarnya.

Manakala Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mempunyai pandangan yang berbeza  mengenai  tindakan Cikgu Kamarul mengumumkan meletakkan jawatan hari ini.

"Kalau betullah saya dipilih berdasarkan kronisme semestinya saya tidak akan  dipilih sebagai salah seorang daripada 7 pengasas PPBM,MPT dan jauh sekali Ketua Armada.

"Jarang sekali saya berjumpa dengan Tun mahupun pemimpin tertinggi yang lain. Jika jumpa pun tidak ada istilah bodek membodek dalam kamus harian saya.

"Jika betullah kronime budaya PPBM dah lama saya ditendang keluar," ujarnya.

Menurut Syed Saddiq lagi beliau tidak menafikan  parti ditunjanginya itu tidak sempurna.Tetapi secara peribadi beliau menghormati pendirikan Cikgu Kamarul.

"Saya secara peribadi menghormati pendirian Cikgu untuk keluar parti, tetapi sedikit kecewa kerana saya percaya dalam mana-mana perjuangan memang akan ada rintangan dan halangan yang mengguatkan semangat kita dalam perjuangan ini," ujarnya.

Pada 2 April lau GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat Bersatu.

GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

Pada 5 April Muhyiddin dalam sidang medianya menafikan dakwaan GKCM wujud kronisme dalam menyusun barisan kepimpinan parti itu.

Kata Muhyiddin dakwaan itu hanya dilakukan oleh sebahagian kecil ahli parti.

Menurut Muhyiddin lagi, pihaknya sedia berbincang untuk menjelaskan duduk perkara sebenar gerakan politik yang dibawa oleh parti itu kepada GKCM yang masih kurang jelas.

 

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: