Shafie sedia disiasat SPRM

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penglibatan Majlis Amanah Rakyat dalam isu pembelian apartment di Australia.

 

 

 

 

 

Datuk Seri Mohd Shafie ApdalPresiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penglibatan Majlis Amanah Rakyat dalam isu pembelian apartment di Australia.

 Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau terpanggil untuk memberikan respon terhadap beberapa kenyataan yang menjadi tular di laman sosial dan media massa kebelakangan ini.

"Saya terpanggil untuk memberi respon terhadap beberapa kenyataan yang sedang tular di media massa dan media sosial baru-baru ini yang mengaitkan nama saya, di mana pada ketika itu saya memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kes yang melibatkan Mara iaitu agensi di bawah kementerian saya itu.

"Saya difahamkan kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak SPRM dan saya sedia memberi kerjasama pada bila-bila masa sekiranya pihak berkuasa memerlukan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kes itu," ujarnya dalam kenyataannya malam ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna turut berkata SPRM perlu memaklumkan kepada beliau lebih awal sekiranya perlu dijalankan siasatan ke atasnya.

"Saya juga menghargai sekiranya dapat dimaklumkan lebih awal supaya penyelarasan masa dapat dilakukan." ujarnya.

Keterlibatan Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara dengan isu membabitkan bangunan lima tingkat dengan nama Dudley House Apartment tersebut dijadikan untuk penempatan pelajar tajaan Mara yang belajar di Universiti Monash.

SPRM dalam kenyataannya hari ini dilaporkan akan memanggil 24 individu berhubung pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia.

Beliau berkata siasatan kali ini berdasarkan maklumat baharu dan mempunyai kaitan dengan pembelian hartanah di Australia yang mana SPRM telah membuka kertas siasatan pada tahun 2015 itu.

Transkasi pembelian hartanah tersebut berlaku pada Mac 2013, sebelum PRU-13 diadakan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: