Kroni tak pilih dia kot, kata Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad

Tindakan Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijawab sinis,Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia...pasal kroni...kroni tak pilih dia kot," ujarnya ketika ditanya  berkaitan denga dakwaan bekas pemimpin kanan parti itu mengumumkan keluar parti semalam.

Beliau  memberi respon  selepas menghadiri ceramah umum di Kampung Pandan Dalam semalam.

Kamarulazman merupakan salah seorang daripada 7 pengasas Bersatu dan beliau juga adalah Pengerui GKCM yang ditubuhkan bertujuan untuk menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menubuhkan parti baharu Bersatu pada September lalu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: