Tidak dapat beri komitmen antara punca Kamarulazman letak jawatan


Datuk Rashid AsaariDatuk Rashid AsaariNaib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Rashid Asaari mendedahkan Kamarulazman Habibur Rahman tidak dapat memberikan komitmen secukupnya di pusat antara sebab beliau mengumumkan meletakkan jawatan parti itu.

"Saya dimaklumkan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai masalah Kamarul ketika masih dalam jawatannya.

"Beliau tidak boleh bergerak aktif di Kuala Lumpur bila diberikan jawatan di pusat.

"Walaupun dilantik sebagai Setiausaha Kerja selalu gagal datang mesyuarat dan juga tidak dapt menjalankan tugasnya di negeri Sembilan.

"Jadi berlakulah sedikit salah faham dengan pemimpin dan dia ambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya,"dakwanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Ceramah Umum 'Undur Najib Selamatkan Malaysia' di Kampung Pandan Dalam malam tadi.

Kamarulazman antara 7 pengasas parti itu  di pusat telah dilantik menjadi Setiausaha Kerja,  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  dan  di  peringkat negeri sebagai  Ketua Penaja Bahagian Teluk Kemang.

Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanRashid berpendapat dakwaan Kamarul wujudnya kronisme dalam parti itu tidak benar sama sekali.

“Kita tidak mengamalkan kronisme. Saya tidak kenalpun Ketua Bahagian PPBM Subang (Ishak Hussein) disebelah saya ini. Saya tak pernah kenal dia sebelum dia jadi ketua bahagian.

“Macam mana anda kata kronisme? Kita semua tak kenal antara satu sama lain. Apabila dilantik sebagai ketua bahagian barulah kita bersatu, bekerjasama dan baru kita berkenalan,” katanya.

Justeru katanya, keputusan yang dibuat terpulang kepada Kamarulazman kerana ujarnya lagi, pemilihan semua pemimpin di peringkat bahagian melalui proses sama termasuklah ketua-ketua bahagian di Negeri Sembilan di mana Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) pimpinan Kamarulazman ditubuhkan.

"Kita parti politik,bebas kalau nak bergerak aktif atau rasa tidak sesuai dalam parti kerana parti tidak beri layanan baik rasa diketepikan nak lepaskan jawatan itu terpulang.

"Jika rasa nak berjuang teruskan berjuang kita tidak perlu nak terima layanan istimewa daripada sesiapa," ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan Kamarulazman itu tidak akan menjejaskan kesepaduan parti yang baru ditubuhkan tujuh bulan itu keran ia perkara biasa berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

“Ini perkara biasa. Dulu pernah dilaporkan di Baling ahlinya keluar parti 500 orang tetapi tak sampai pun 200 orang," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel