Exco Agama sambut baik insentif kerajaan negeri kepada Jemaah Haji

Insentif Haji Selangor

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyambut baik insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada 6,127 bakal jemaah haji tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi itu berkata,keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor di dalam meraikan para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor bagi tahun ini dengan pemberian insentif khas sebanyak RM 500 seorang seharusnya dihargai oleh bakal jemaah haji.

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi "Saya dengan ini menyarankan agar para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor dapat memanafaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

"Pemberian insentif khas ini yang akan diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sebagai tanda kepedulian dan penghargaan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Negeri Selangor yang bakal menunaikan haji dan menjadi “Tetamu Allah” pada tahun ini," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Insentif di bawah Program Jemaah Haji Muassasah Selangor itu dilaksanakan sebagai tanda kepedulian pentadbiran negeri dan MBI kepada bakal jemaah haji muassasah Selangor.

Insentif berkenaan diwujudkan selepas mendapat persetujuan bersama Datuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Untuk tempoh kini, jemaah haji negeri yang berminat boleh menyediakan dokumen lengkap seperti salinan kad pengenalan, salinan surat tawaran Tabung Haji dan dokumen tandatangan bakal jemaah yang diakui sah bagi kelayakan permohonan sebelum 22 Julai ini.

Kata Ahmad Yunus lagi, beliau mengharapkan agar bakal jemaah Haji Selangor akan dapat mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Negeri Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membangunkan dan memakmurkan Negeri Selangor agar setiap hasil negeri Selangor akan dapat dinikmati bersama rakyat Selangor.

"Saya mendoakan keselamatan dan kemudahan di dalam setiap urusan kepada semua Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor pada tahun ini dan kembali semula dengan Haji Mabrur. Insha Allah," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: