Filem angkat tema gay dibatalkan tayangan

'Lost in Paradise' ...  filem Vietnam yang mengangkat tema gay.

Bagi menghormati sensitiviti masyarakat negeri ini, Pusat Seni Persembahan Pulau Pinang (PenangPAC) telah membatalkan penayangan filem 'Lost In Paradise' daripada Vietnam yang telah dirancang tayangannya semalam.

Filem yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma budaya dan agama itu diterbitkan pada tahun 2011 dan mendapat sambutan di beberapa negara yang memperjuangkan hak golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender).

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya hanya mengetahui tentang rancangan penayangan filem itu semalam dan dimaklumkan tentang pembatalan tayangannya oleh PenangPAC.

"Walaupun PenangPAC adalah milik individu dan tidak berkaitan dengan kerajaan negeri, namun bagi menunaikan tanggung jawab saya sebagai Exco Hal Ehwal Agama, saya perlu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkaitan," ujar beliau.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel