Kerajaan Johor digesa atasi pencemaran sungai elak kencing tikus menular

 Sulaiman Md Nor


Kerajaan Negeri Johor didesak agar mengambil langkah segera bagi menangani isu yang timbul berkaitan sungai yang tercemar di negeri itu.

Ini kerana masyarakat atau rakyat dapat menikmati keselesaan dalam menguruskan kerja seharian tanpa ada curiga dan bimbang ketika menggunakan air.

Naib Pengerusi Amanah Johor Dr Sulaiman Md Noor berkata,p encemaran sungai dan tempat rekreasi yang kotor dan tidak diurus dengan baik juga akan menjejaskan industri pelancongan di negeri itu dan secara langsung memberi kesan kepada ekonomi negeri.

"Sebelum ini pihak kami juga telah beberapa kali menegaskan berkenaan dengan tahap pencemaran sungai hasil buangan sampah dan bahan kimia yang membimbangkan seperti di sungai Ulu Benut.

"Sekali lagi pihak kami mendesak agar tindakan yang proaktif perlu segera diusahakan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar tahap pencemaran sungai berada pada tahap minima.

"Perlu mengurangkan sifar pencemaran, tahap pengurusan sampah yang lebih baik termasuk kempen-kempen kesedaran yang lebih meluas tentang pentingnya kebersihan kepada warga Johor diperlu dilaksana berterusan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan ini kerana berlaku dua kejadian membabitkan penyebaran virus kencing tikus membabitkan insiden yang pernah berlaku kepada seorang remaja yang meninggal dunia selepas mandi di air terjun Gunung Pulai.

"Terkini adalah berkaitan dengan punca kematian adik Mohammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi juga disahkan berpunca daripada kencing tikus.

"Isu ini telah menggambarkan suatu kebimbangan kepada seluruh rakyat negeri Johor yang mana rata-rata mereka adalah pengguna air dan juga pengguna bagi tempat-tempat tertentu seperti taman rekreasi.

"Amanah Johor turut melahirkan rasa kebimbangan dengan kematian yang berlaku akibat kencing tikus berlaku di negeri ini, apatah lagi kematian Mohammad Thaqif disebabkan penyakit kencing tikus yang ‘unik’ yang belum pernah dilapor dalam negara ini.

"Punca kencing tikus ini adalah disebabkan keadaan sungai dan tempat tali air yang tercemar lalu menjadi tempat sarang tikus hasil dari sampah sarap dan kotoran di sungai dan tali air," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: