Tun Mahathir bayangkan usaha bebaskan Anwar jika PH menang

Kenyataan bersama Pakatan Harapan (Harapan) malam tadi jelas meletakkan usaha pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pakatan politik itu memenangi  pilihan raya umum dipersetujui bersama pemimpin parti dalam gabungan itu.

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diberikan penghormatan membaca struktur Harapan diajukan pertanyaan media sama ada beliau akan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memberikan bayangan perkara itu akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya.

“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.

"Perdana Menteri yang akan mengambil alih negara akan menghadapi tugas-rugas yang banyak antaranya jika perlu mengadakan pilihan raya kecil dan sebagainya,” katanya dalam sidang media diadakan malam tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi perdana menteri beliau cuba mengelak dengan mengatakan:" kita akan isytihar tidak lama lagi, no 7 akan kita isytihar tetapi hari ini kita isytihar no 8," ujarnya berseloroh. 

Mukhriz MahathirMendapatkan pandangan balas mengenai struktur  barisan pimpinan utama  dan kenyataan Dr Mahathir itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir  (Gambar kiri) menjelaskan, apa yang telah dicapai oleh parti gabungan kali ini sudah cukup ujarnya, menunjukkan kepada rakyat keseriusan Bersatu dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional.

"Ini kerana proses perbincangan berlangsung dalam tempoh agak lama dan mesyuarat berjalan hampir lima jam malam ini.

"Apapun satu kata sepakat yang jitu berjaya di capai. Akhirnya keputusan melegakan kita.

"Saya fikir ini hasil daripada komitmen semua pihak yang sanggup berkompromi demi kepentingan parti masing-masing untuk kebaikan bersama demi rakyat.

"Saya fikir apa yang kita capai hari ini satu kejayaan besar soal siapa calon perdana menteri boleh dibincangkan lagi lepas ini, kalau ikut seeloknya sebelum pilihan raya pakatan harapan akan dapat umumkan, siapa calon perdana menteri.

"Dalam masa sama juga rakyat pun menunggu siapa pula calon PM dari BN," ujarnya.

Salahuddin Ayub Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (Gambar kiri) pula berkata, keputusan bersama Pakatan Harapan menentukan struktur kepimpinan gabungan itu adalah sangat penting dan ditunggu rakyat.

"Sudah tiba masa dan ketikanya saya fikir rakyat boleh memberi sepenuhnya harapan kepada Pakatan Harapan. Kita sudah selesai membina struktur kepimpinan yang dipersetujui bersama.

"Kita harap rakyat benar-benar menjadikan pakatan Harapan bagi mengantikan Barisan Nasional," ujarnya.

Dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi yang bermesyuarat selama empat jam itu telah memutuskan struktur utama barisan kepimpinan pakatan harapan, mengumumkan logo dan beberapa matlamat telah disenaraikan bagi dijadikan manifesto pilihan raya akan datang yang akan diperhalusi lagi.

Antaranya:
* Menghapuskan GST
* Menstabilkan harga petrol;
* Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
* Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
* Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
* Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
* Memulihkan Felda.
* Pakatan Harapan juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon
* pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas
* Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: