Nik Nazmi jawab Jamal: PH ada manifesto kerajaan persekutuan,kerajaan negeri

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menyangkal dakwaan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa kerajaan Selangor gagal melaksanakan sistem pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi di negeri itu  seperti dijanjikan dalam manisfesto  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Beliau berkata, Pakatan pembangkang mempunyai dua manifesto berasingan iaitu di peringkat persekutuan dan negeri.

Katanya, oleh kerana pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, janji-janji manifesto kerajaan persekutuan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan kerajaan hari ini di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) mahu melakukan sedemikian.

"Manifesto 2013 pendidikan percuma di peringkat Persekutuan - kita tidak menang dan tidaklah dapat dilaksanakan jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) nak buat dia boleh buat bila-bila tapi dia tak buat.

"Unisel (Universiti Selangor) di bawah kerajaan negeri kita sudah banyakan geran untuk membantu Unisel sehingga kini keadaan kewangan Unisel jauh lebih baik.

"Program derma siswa percuma diberikan yang mana pelajar tidak perlu bayar yuran di peringkat asasi kerana dalam kemampuan kita.

"Jika nak seluruh Unisel memang kita tak mampu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dirakamkan ketika beliau dir dalam majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Sekinchan hari ini.

Nik Nazmi yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri berkata, melalui gabungan parti dalam Pakatan Harapan telah bersetuju memasukkan pendidikan percuma sebagai manifesto ke peringkat pusat dalam menghadapi PRU-14 akan datang.

Beliau mengulas mengenai tindakan Pengerusi Gabunga NGO Malaysia itu semalam mengadakan demontrasi di bangunan Unisel di Shah Alam  dan Bestari Jaya untuk menuntut kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Mohamed Azmin Ali supaya segera melaksanaka sistem pendidikan pecuma terhadap institusi pengajian tinggi di bawah seliaan pentadbiran kerajaan negeri.

Selain Jamal turut mempersoalkan biasiswa percuma itu adalah Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang pada Julai lalu, yang dipetik berkata, adalah mudah bagi sayap pemuda PKR itu mendesak Kerajaan Pusat memberikan pendidikan percuma di universiti awam, namun realitinya hanyalah "gula-gula" politik untuk memancing undi golongan muda di negara ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel