Kilang simpan cat, bahan kimia terbakar awal pagi tadi

Sebuah kilang membuat cat dan stor penyimpanan bahan kimia musnah dalam kebakaran di Persiaran Teknologi Subang Hi-Tech Industrial Park, Subang Jaya awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.41 pagi dan segera mengerahkan pasukan menyelamat ke lokasi kejadian.

Seramai 57 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Sungai Pinang, Klang dan Hang Tuah dari Kuala Lumpur terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.

Api merebak dengan cepat menyebabkan bangunan dua tingkat itu terbakar sebanyak 90 peratus namun api dapat dikawal pukul 8 pagi ini dan kerja-kerja pemadaman api masih diteruskan, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Sani berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: