RUU355: Presiden Pas wajar letak jawatan secara en bloc, kata Husam

Husam dan Wan Rahim menaikkan bendera Amanah di Kota Bharu.Husam dan Wan Rahim menaikkan bendera Amanah di Kota Bharu.

Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.

"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.

Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.

"(Datuk Seri) Hadi (Awang) tidak boleh lari dari tanggungjawab kerosakan ini dan beliau bersama-sama jawatankuasa Pas pusat perlu meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti," katanya.

Husam bercakap dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.Husam bercakap dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.Percubaan Hadi membawa usul persendirian dalam perkara ini bertentangan dengan semua amalan mengikut lunas-lunas demokrasi di negara ini.

"Dalam Pas perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.

"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.

Husam turut menamakan dua orang menteri BN yang memperdayakan Pas dan umat Islam kononnya pindaan ini akan disokong oleh Umno.

"Datuk Jamil Khir Bahrom dan Datuk Ashraf Wajdi Dasuki juga perlu bertanggungjawab atas penipuan mereka.

"Mereka berdua dilihat begitu kuat menjanjikan untuk menyokong usul ahli parlimen Marang sedangkan dari pihak Umno tidak ada sebarang komitmen," katanya.

Pada majlis itu Datuk Husam, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan pimpinan Amanah negeri dan kawasan Kota Bharu menyaksikan upacara menaikkan bendera Amanah.

Upacara itu diadakan di hadapan sebuah bangunan yang dulunya digunakan sebagai pusat operasi Pas di kawasan itu.

Sebelum ini Wan Rahim, dalam satu majlis di Bunut Payung,  mengumumkan Husam sebagai baka calon Amanah di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia kemudiannya disahkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: