Akuan bersumpah Rafizi buat laporan di SPRM hari ini

Rafizi Ramli menunjukkan laporan akuan sumpahnya yang diserahkan kepada SPRM hari ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Rafizi Ramli menunjukkan laporan akuan sumpahnya yang diserahkan kepada SPRM hari ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai akuan bersumpah bahawa bekas pemimpin Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau berkata, SPRM sudah pun mempunyai maklumat mengenai pemindahan wang dari SRC kepada beberapa akaun.

“Tumpuan utama saya ialah untuk menunjukkan dan membawa kembali isu SRC dan 1MDB kerana SRPM yang sudah menyiapkan semua siasatan.

"SPRM telah ada semua maklumat mengenai wang yang dipindakan dari SRC International ke beberapa syarikat dan masuk ke akaun Datuk seri Najib dan keluar ke akaun peguam dan dibayar ke penerima lain yang salah seorangnya saya namakan Nasharuddin.

“Kita mahu SPRM menyiasat bukan sahaja sampai kepada Nasharudin tapi sampai ke siapa selepas itu dan bagi tujuan apa dan juga untuk menyiasat semua penerima-penerima lain,” katanya kepada media selepas menyerahkan akuan bersumpahnya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Rafizi semalam membuat suatu akuan bersumpah bahawa bekas Timbalan Presiden Pas itu adalah orang yang menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Kata Ahli Parlimen Pandan ini lagi, tindakan membuat akuan bersumpah semalam ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara bahawa kes SRC masih lagi dalam siasatan.

Bahkan Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya agar Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Panel Penasihat SPRM secara terhormat agar tidak menganggu siasatan dilakukan SPRM ke atas beliau kelak.

"Saya mengulangi kenyataan saya semalam bahawa saya minta beliau meletak jwatan daripada Panel Penasihat SPRM secara terhormat.

"Adalah satu 'conflict interest' yaang begitu nyata sekiranya beliau sebagai seorang pernah dinamakan dalam kertas siasatan dan beliau menjadi sebahagiannya dalam siasatan SPRM ini," ujarnya.

Semalam dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata tranksaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.

Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel