• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Dagangan dua hala dengan Indonesia capai US$25 bilion menjelang 2020

Hubungan dagang Malaysia Indonesia ditingkat menjelang 2020.Hubungan dagang Malaysia Indonesia ditingkat menjelang 2020.

Kerajaan menetapkan sasaran dagangan dua hala yang baharu sebanyak US$25 bilion dengan Indonesia untuk dicapai menjelang 2020 berbanding US$16 bilion yang dicatatkan pada 2015.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sasaran itu disemak semula lebih rendah berbanding sasaran awal sebanyak US$30 bilion disebabkan persekitaran ekonomi global semasa yang lemah.

"Kita perlu realistik. Dengan ekonomi global semasa yang tidak menentu, agak mustahil untuk mencecah US$30 bilion menjelang 2020.

"Jika kita mengekalkan sasaran sebelum ini, negara perlu berkembang pada kadar 20 peratus setahun hingga 2020," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Enggartiasto Lukita yang diadakan di sini hari ini bersempena dengan Forum Perniagaan Matrade-KADIN Indonesia selama sehari.

Forum itu merupakan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Dewan Perdagangan dan Perusahaan Indonesia.

Pada tahun lepas, jumlah perdagangan Malaysia dengan Indonesia meningkat 1.0 peratus kepada RM60.2 bilion.

Eksport Malaysia ke Indonesia terdiri daripada petroleum, produk kimia, jentera dan alat ganti, produk elektrik dan elektronik yang berjumlah RM29.1 bilion.

Import dari Indonesia ialah minyak sawit dan produk berasaskan sawit, produk petroleum dan produk kimia bernilai RM31 bilion.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: