Pelaburan tidak sah sebabkan kerugian RM90 juta

Skim pelaburan tidak sah banyak memangsakan pengguna.

Kerugian kira-kira RM90 juta melibatkan 249 kes pelaburan secara tidak sah direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman setakat 1 Jan hingga kini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia melibatkan pelaburan matawang Forex (RM4,894,373.50), emas (RM24,305,462.70), projek hartanah (RM27,835,650), saham (RM5,239,938.80), pertanian (RM85,411.00), ternakan (RM99,000), perniagaan (RM10,154,151) dan lain-lain (RM17,424,429).

Acryl Sani berkata kes tersebut antara empat jenis jenayah komersial yang menyebabkan kerugian sebanyak RM144,163,197.09 dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata tiga lagi jenis jenayah melibatkan 645 kes African atau Romance Scam (dengan kerugian RM26,362,129.48) 780 kes Penipuan Telekomunikasi RM18,013,477.80) dan 1,991 kes Belian Dalam Talian (RM7,889,439.78).

Acryl Sani menasihatkan orang awam berhati-hati ketika membuat urusan melalui atas talian.

"Sekiranya membeli barangan atas talian, anda seharusnya mengenali penjual dan jangan mudah untuk melakukan transaksi duit sekiranya berasa was-was," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran jabatannya sempena sambutan hari polis ke 210 di Menara 238 di sini hari ini.

Pada tahun lepas sebanyak 1,111 kes pelaburan secara tidak sah dicatatkan dengan kerugian RM205.9 juta.

Terdapat 2,531 kes Afrika atau Romance Scam (dengan kerugian RM101,231,386.51) 1,920 kes Penipuan Telekomunikasi (RM53,249,337.59), dan 6,257 kes Belian Dalam Talian (RM30,516,088.11).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: