Ghannouchi optimis Islam sederhana

A Shukur Harun

 

Ketika menekuni kembali kertas kerja yang dihasilkan oleh NUNJI, program pencerahan Islam yang telah diadakan beberapa kali oleh AMANAH atas inisiatif Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan jawatankuasanya, saya terkesan kembali akan pemikiran Dr. Rached Ghannouchi, pemimpin Tunisia yang mengetuai Parti Islam Ennahda.

Baru-baru ini Rached Ghannouchi berkunjung ke Malaysia kerana menerima Anugerah dari UIA.

Dr. Rached Ghannouchi

Ghannouchi lama berada di Eropah ketika pemerintahan Habib Bourgeva dan kemudian Ben Ali hingga tercetusnya revolusi yag dikenali sebagai Arab Spring, yang kemdian merebak di beberapa negara Arab, khususnya Mesir.

Tokoh yang digelar sebagai pemimpin Muslim Liberal, kerana pandangannya terhadap dunia Islam dan gerakan Islam berdasarkan realiti semasa dan setempat, hasil ijtihadnya mempunyai pengaruh yang semakin meluas dalam kalangan pemikir Islam.

Justeru ia memiliki pandangan dan sikap yang sangat relevan dengan suasana terkini.

Suasana terkini di Malaysia juga juga tidak terkecuali, lebih-ebih lagi dengan penduduknya yang berbilang bangsa dan agama.

Namun Ghannouchi tidak berkompromi dengan asas-asas Islam yang terakam dalam Al-Quran dan hadis. Inilah keunggulan tokoh dari Tunisia ini.

Dalam bukunya ‘al-Harakah al Islamiyyah wa Masalat’ yang diterbitkan di London dengan terjemahan tahun 2000, Rached Ghannouchi memaparkan beberapa kritkan terhadap gerakan Islam semasa.

Seperti kata Dr. Md Nor Manuti dalam kata pengantarnya di buku terjemahan tersebut - ‘Politik dan Demokrasi’ - terbitan Instiut Darul Ehsan, Ghannouci memaparkan satu sikap yang rialistik dengan perubahan semasa dan faktor setempat. Dengan lain-lain perkatan, pemikiran, Ghannouci beroreantasikan ijtihad.

Tentu saja tokoh ini mempunyai kemampuan untuk melakukan ijtihad, berdasarkan ilmunya, pengalamannya, pendedahannya, daya intelektualnya dan ketabahannya serta semangat juangnya.

Seperkara yang menarik mengenai pemikiran Ghannouchi ialah tokoh ini tidak bersikap pasif dengan cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Katanya, wujud beberapa faktor yang pasti membantu masa depan Islam. Pertamanya, faktor fitrah yang dianugerah oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam.

Kedua, kerosakan regim pemerintaah pada masa ini memberi ruang besar kepada gerakan Islam. Kehancuran yang berlaku dalam sistem pemerintahan dapat menyegerakan gerakan Islam untuk berperanan dalam institusi pemerintahan.

Ketiga, kekayaan hasil bumi dunia Islam, baginya yang boleh dimanfaatkan.

Keempat kemajuan komunikasi yang canggih secara global.

Kelima, perkembangan Islam di dunia Barat, Bagi Ghannouchi, perkembangan mutakhir di negara Barat itu sangat membantu masa depan umat Islam.

Bagaimanapun, katanya, umat Isam masih menghadapi tentangan Zeonis Israil.

Dalam ucapannya di Majlis Konvokessyen UIA di mana beliau menerima anugerah, Ghannouchi berkata, adalah perlu bagi Muslim seluruh dunia merenung dan mencari penyelesaian akan masalahnya.

Katanya, konflik antara golongan Muslim sederhana dan pelampau perlu diselesaikan.

Ghannouchi menjalani hukuman penjara di negaranya beberapa kali ketika rejim diktator berkuasa, memaksanya menetap di Britain pada tahun 1987.

Pada 2011 selepas regim Ben Ali digulingkan di Tunisia dalam satu revolusi yang dipanggil permulaan Arab Spring kerana merebak ke negara Arab lain, Ennahda mengambil peranan penting memulihkan demokrasi di Tunisia.

Atas sebab ini beliau menolak tanggapan bahawa rakyat negara Arab bersedia untuk menerima demokrasi dan ia boleh survive di mana Tunisia menjadi buktinya.

Ternyata Tunisia membuktikan bahawa dunia Arab boleh mengikutinya.

Di sini nyatalah – walau apa pun dikatakan – Ghannouchi dan pemkiranya menjadi sangat menyegarkan dan releven dengan suasana masa kini, termasuk di Malaysia.

Tentu saja pemikirannya menjadi inspirasi kepada pemikir dan pejuang Islam yang bersikap sederhana, sesuai dengan tuntutan “Islam sebagai rahmatan Lil-Aalamin’ seperti yang diperjuangkan oleh AMANAH.


 
 
 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: