• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Jalan Rosak: Amanah Batu Sapi serah petisyen kepada JKR

Hamzah Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan memorandum dan petisyen kepada wakil JKR  di pejabat JKR , Sandakan semalam.Hamzah Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan memorandum dan petisyen kepada wakil JKR di pejabat JKR , Sandakan semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan telah menerima memorandum dan petisyen mendesak jalan Batu Sapi dan Sandakan diperbaiki daripada Amanah Batu Sapi.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi AMANAH Parlimen Batu Sapi, Hamzah Abdullah kepada wakil JKR di Pejabat JKR Sandakan.

Menurut Hamzah yang juga Pengerusi AMANAH Sabah, jalan Batu Sapi telah lama rosak dan pihak JKR pernah menampal jalan berkenaan. Walau bagaimanapun menurutnya, usaha tersebut hanyalah sia-sia.

"Kerja-kerja penampalan jalan yang seringkali dilakukan oleh JKR Sandakan merupakan jalan penyelesaian jangka pendek yang hanya membazir duit rakyat. Bahkan hanya menguntungkan pihak kontraktor sahaja", katanya.

Memorandum yang diserahkan itu juga mendesak wakil rakyat Parlimen Batu Sapi untuk peka dan prihatin terhadap nasib pengguna jalan raya. Selain itu, jalan yang tidak mempunyai lampu jalan juga turut mendapat perhatian Amanah

Menurut Hamzah, jalan yang gelap membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan berpotensi mengakibatkan kemalangan.

"Sudahlah keadaan jalan berlubang, lampu jalan pula tidak dihidupkan pada waktu malam. Ini akan menyukarkan pemandu jalan raya untuk melihat lubang di jalan raya serta menyukarkan pemandu melihat penduduk sekitar melintas jalan", ujarnya.

Turut hadir sewaktu menyerahkan memorandum, Ketua Pemuda Amanah Batu Sapi, Yunizam Yusop.

Menurut Yunizam, pihak JKR tidak boleh berlengah lagi sebaliknya mengambil langkah drastik membaiki jalan berkenaan bagi mengelakkan kemalangan nyawa berlaku.

“Kami akan menunggu respon daripada pihak JKR Sandakan, sekiranya mereka masih lagi membisu dan melakukan kerja-kerja penampalan yang sama, kami akan bawa perkara ini ke dalam Parlimen pada sesi yang akan datang", tegasnya.

Sabtu lalu, Amanah Batu Sapi telah berjaya mengumpulkan 500 tandatangan penduduk Batu Sapi menerusi satu petisyen mendesak jalan di Batu Sapi dan Sandakan diperbaiki pada kadar segera.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel