Suami urus enam anak kecil setelah isteri diserang angin ahmar

Noorsaiful menyerahkan sumbangan kepada Aruman.Noorsaiful menyerahkan sumbangan kepada Aruman.

Ketua Pemuda Amanah Kawasan Pontian Noorsaiful Amri Suloh menyerahkan sumbangan kepada Aruman Rohani, 50, ketika berkunjung ke rumah beliau di Kampung Parit Yassin, Benut, Pontian, 10 Mac lalu.

Isteri Aruman, Siti Ruhaiah Hailani, 35, ibu kepada enam anak terlantar sakit akibat serangan angin ahmar.  

Di samping menjaga isterinya sepenuh masa, Aruman turut menguruskan makan minum anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Turut bersama Noorsaiful ialah Ketua Amanah Cawangan Benut Ustaz Asarizal Abdullah, Setiausaha Pemuda Amanah Tanjung Piai Aliff Aziz dan Ahli Jawatankuasa Amanah Cawangan Benut Pok Hamid Musbah.

Rombongan Amanah turut menyampaikan barangan keperluan harian kepada Aruman bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel