Amanah Tasek Gelugor dekati, dengari rakyat

Mujahid berbincang dengan penduduk kampung bersama AJK Amanah Tasek Gelugor.

Usaha Amanah Kawasan Tasek Gelugor untuk mendekati rakyat diterjemahkan dalam pertemuan santun rakyat.

Program Santuni Rakyat dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Sungai Dua, Rosli Hasan dan ahli jawatankuasa berkenaan.

Menurut Rosli program ini membuka ruang kepada masyarakat untuk berdialog tentang masalah yang dihadapi khususnya isu keselamatan dan masalah bendang di mana majoriti kawasan di Sungai Dua adalah pesawah.

Mujahid dan Rosli (tengah) bertemu penduduk kampung dalam usaha untuk memberikan khidmat kepada mereka.Selain itu ia membuka ruang untuk orang kampong mengetahui pencapaian dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri PH yang peduli rakyat, ujarnya lagi.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Pengerusi Amanah negeri turut hadir bersama penduduk dan memberikan taklimat semasa.

Selain dari dialog majlis tersebut turut mengadakan lawatan ke kawasan persekitaran untuk mendengar aduan dan diambil tindakan segera.

Ahli Majlis Seberang Perai dari Amanah, Zulkifli Ishak turut hadir untuk mengambil tindakan spontan kepada masalah yang diajukan sebagai tindakan susulan.

Turut hadir ialah Ustaz Fahmi Abu Bakar selaku Pengerusi Amanah Kawasan dan seluruh jawatankuasa Amanah di situ.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel