• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kerinduan terubat apabila menatap akhbar Amanah

Saya terbaca kolum Catatan Hujung Ahmad Lutfi Othman dalam akhbar mingguan Amanah, organ rasmi parti Amanah Negara. Bekas ketua pengarang Harakah itu mengungkapkan kembali mesej yang diterima daripada pembaca Amanah, yang melahirkan kesyukuran kerana bertemu kembali dengan "Harakah yang sudah lama hilang".

Ya, saya juga merasai dan berkongsi hampir sama dengan pembaca tersebut. Terubat kerinduan dengan kehadiran dan penampilan penuh bergaya akhbar Amanah. Seperti Harakah yang dulu, ketika Ahmad Lutfi menerajuinya, yang memuatkan laporan tentang semua parti dalam Pakatan Rakyat, akhbar Amanah ini bukan sahaja kelihatan menjadi lidah rasmi Parti Amanah Negara tetapi juga bertindak sebagai media buat semua parti dalam Pakatan Harapan.

Akhbar Amanah semakin mendapat tempat di hati masyarakat Akhbar Amanah semakin mendapat tempat di hati masyarakat

Dan yang paling terkesan di hati saya adalah kolumnis atau penulis tetap akhbar Amanah ini kebanyakannya merupakan bekas penulis kolum dalam Harakah dahulu. Selain Ahmad Lutfi yang mengekalkan kolum Catatan Hujung, juga pada halaman 31, saya turut terpikat dengan Lim Hong Siang, A Shukur Harun dan Dinsman. Ketiga-tiganya bekas kolumnis Harakah yang mempunyai peminat tersendiri.

Lim Hong Siang, bekas editor laman bebas Merdeka Review edisi bahasa Melayu. juga pernah mengetuai akhbar rasmi DAP, Roket bahasa Cina. Shukur Harun pula wartawan berpengalaman Berita Harian dan bekas editor Harakah, yang turut aktif dalam dunia kesusasteraan Melayu. Manakala Dinsman, Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi), seorang aktivis kebudayaan yang banyak menulis puisi tentang isu-isu kemasyarakatan dan politik semasa, dan baru-baru ini mengukir nama sebagai pengarah Teater Atas Pokok, meneruskan tradisinya yang sering bereksperimen dalam dunia drama.

Antara kolumnis yang mempunyai kelompok pembaca tersendiriAntara kolumnis yang mempunyai kelompok pembaca tersendiri

Kerinduan saya juga terubat dengan kolum Dr Dzulkifli Ahmad, yang kerap menyinggung isu-isu berkaitan ekonomi. Dr Dzul juga banyak menulis dalam Harakah satu ketika dulu. Tema penulisan Khalid Samad berjaya menarik perhatian saya. Logika dan rasional yang dikemukakan oleh Pengarah Komunikasi Amanah ini berjaya menyanggah tohmahan pihak lawan.

Akhbar Amanah juga memaparkan siri tulisan aktivis belia yang popular, Adam Adli Abdul Halim melalui kolum Universiti Ketiga. Ia mengisahkan perjalanan Adam Adli mengikuti misi pemantau pilihan raya di Mynmar.

Walaupun tidak menggunakan nama sebenar, kolum isu-isu antarabangsa yang dikendalikan oleh Abu Firdaus, pada halaman 20, di bawah ruangan Tekad Budaya Dinsman, sentiasa menjadi tatapan awal saya. Saya perhatikan nama Abu Firdaus ini sentiasa muncul dalam semua penerbitan Ahmad Lutfi, bukan sahaja Harakah, tetapi juga Detik, Wasilah, Tamadun dan buku-buku politik Ahmad Lutfi.

Namun, kolum Tanweer Usbu'i atau Pencerahan Mingguan pada halaman keempat, bersebelahan ruangan Minda Pengarang, yang diisi oleh pimpinan ulama dalam Amanah merupakan satu kelainan, yang menyuntik ilmu dan kefahaman baru tentang misi dan visi Parti Amanah Negara.

Ruangan Tanweer mencetuskan kelainan dalam akhbar Amanah Ruangan Tanweer mencetuskan kelainan dalam akhbar Amanah

Antara penulis yang kerap menulis dalam ruangan ini ialah ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum parti dan timbalannya, ustaz Abdul Ghani Shamsudin serta ramai lagi ulamak muda. Kupasan mereka cukup menarik dan wajar sekali ditelaah dengan cermat kerana ia membantu pembaca untuk mengenali secara lebih dekat, perjuangan dan jati diri Amanah. Saya mencadangkan bahan-bahan dalam kolum ini dibukukan.

Tidak ada keraguan untuk saya mengesyorkan supaya mingguan amanah ini menjadi bacaan tetap, apatah lagi kepada bekas peminat Harakah. Anda dapat menemukakan sesuatu yang hilang di sini.

Cuma saya amat mengharapkan bahagian pemasaran akhbar Amanah melipat gandakan lagi usaha agar akhbar ini dapat disebarkan ke seluruh pelosok negara. Tinjauan rambang saya menunjukkan rangkaian pengedarannya begitu terbatas. Agak sukar mencarinya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel