Apakah nasib Harum Manis Perlis akan melanda Durian Kunyit Kuala Krai?

durian kunyit

Sehari dua ini heboh tentang mangga harum manis yang terpaksa dibakar akibat rosak kerana jualannya jatuh mendadak di pasaran. Lebih mengejutkan ialah harganya daripada RM50 jatuh sehingga RM10.

Saya melihat harum manis dan durian kunyit mempunyai banyak persamaan apabila dilihat dari segi harganya dan juga keenakannya. Kuala Krai sendiri merupakan antara kawasan yang sangat dikenali dengan durian kunyitnya.

Selepas banjir 2014, pengeluaran durian kunyit agak berkurangan. Ini mungkin akibat banyak pohon yang rosak ekoran banjir tang melanda. Menariknya, ia menjadikan harga durian kunyit melambung tinggi.

Harga yang tinggi itu menjadikan pekebun durian kunyit jutawan segera. Ramai yang membuka mata dan menanam durian kunyit di kawasan Kuala Krai. Malah ada yang menukar kebun getah kepada kebun durian kunyit.

Antara faktor yang menjadikan harum manis mengalami kejatuhan harga ialah kerana lambakan di pasaran. Ini kerana ramai yang menanamnya dan menjadi lambakan di pasaran tempatan. Mungkinkah nasib yang sama akan melanda durian kunyit?

Saya mencadangkan kerajaan memperluaskan pasaran durian kunyit kepada pengeluaran eksport sebagaimana dibuat oleh kerajaan Thailand. Saya yakin keenakan durian kunyit akan diterima hingga ke peringkat dunia seperti di eksport ke negara China.

Saya sangat berharap, apa yang dialami oleh harum manis tidak menimpa durian kunyit Kuala Krai.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: