Nasi Arab dengan citarasa Malaysia di Restoran AFC

Nasi dagang Arab antara yang mula diperkenalkan di Restoran AFC.

Inginkan Nasi Arab tetapi dengan citarasa Malaysia? Pergilah berkunjung ke kedai Nasi Arab AFC atau nama penuh Al Amin Food Corner yang terletak di Taman Greenwood, Gombak.

Nasi Arab dengan sambal belacan menjadikan ia citarasa Malaysia.Kedai yang dimiliki oleh usahawan yang juga ahli politik, Dr Hamzah Jaafar ini memang menarik perhatian ramai kerana beliau berjaya menjadikan nasi Arab yang digemari ramai itu kepada nasi Arab citarasa Malaysia.

Bayangkan nasi Arab tetapi ada sambal belacan bahkan juga sekarang kedai ini memperkenalkan nasi dagang Arab.

Dr Hamzah (tengah) bersama tetamu yang datang ke restorannya.Pemiliknya Dr Hamzah Jaafar telah mengadunkan nasi Arab beliau dengan makanan popular pantai timur iaitu Nasi Dagang.

Hasil gabungan kedua-dua ini menyebabkan makanan ini menjadi kegemaran penggemar nasi Arab dan juga nasi dagang.

Walaupun kedai ini agak tersorot ke dalam Taman Greenwood tetapi kelazatannya telah menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai hasil dari cerita mulut ke mulut mereka yang pernah berkunjung ke sini.

Selain dari kemudahan tempat makan biasa, Restoran AFC juga menawarkan tempat mesyuarat dan juga khidmat catering untuk kenduri kendara.

Restoran ini juga selalu dijadikan tempat bermesyuarat dan meraikan sesuatu majlis sambil makan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: