0.9 peratus sahaja lagi hingga sempadan negeri dibuka

Oleh KIM SYAZIE

Negara kini sudah mencatatkan 89.1 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia, menurut infografik yang dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Peratusan itu bersamaan dengan 20,856,337 individu yang sudah lengkap divaksin.

Manakala, sekurang-kurangnya 94.6 peratus rakyat Malaysia sudah mendapatkan satu dos vaksin.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya 0.9 peratus sahaja lagi sehingga rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“0.9 peratus sahaja lagi sehingga sempadan negeri dibuka.

“SOP sedia ada kekal di restoran, rumah ibadat, tempat awam, dan lain-lain. Buat ujian kendiri sebelum balik kampung atau melancong.

“Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (ulang, hafal & hadam). Sama2 ke arah #ReopeningSafely,” ciapnya di Twitter hari ini.