Seramai 1,228,858 pengundi Sarawak layak mengundi hari ini selepas 12,585 anggota tentera dan pasangan 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara layak membuang undi awal pada 14 Disember lalu.
Mereka akan berbuat demikian setelah 12 hari calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) berkempen bermula 6 Disember lalu, untuk menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin untuk tempoh lima tahun akan datang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat mengumumkan sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran akan dibuka pada pengundian PRN Sarawak ke-12 pada hari ini.
14 Disember lalu, proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berlangsung.
Ia melibatkan 23,043 pengundi terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga pasangan.
Pengundian awal ini melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
349 calon akan bertanding dalam PRN kali ini dengan 82 adalah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73); Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70); PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), AMANAH Sarawak (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima), Pas (satu) dan Bebas (30).
Anggaran awal para penganalisis menujukkan GPS berada di hadapan sebagai poarti kerajaan selepas SOP kempen yang ketat dikenakan kepada parti-parti lain ketika parti kerajaan bebas menggunakan majlis dan jentera kerajaan untuk berkempen.