10 tahun menghilang, ini rupanya punca Pierre Andre susah dihubungi

Oleh MAISARAH AISYA

Dalam dunia sekarang, semuanya bergantung kepada gajet sepeti telefon, pintar laptop untuk memudahkan kehidupan seharian.

Namun jika terdedah terlalu lama maka akan menyebabkan ketagihan dan mengurangkan kualiti masa bersama keluarga.

Pelakon yang sering muncul di kaca televisyen satu ketika dahulu, Pierre Andre mendedahkan dia tidak menggunakan telefon bimbit untuk berhubung.

Sebaliknya Pierre lebih selesa jika semua urusan dilakukan melalui isterinya yang menguruskan hal berkaitan kerjayanya lapor Kosmo! Online.

“Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.

“Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

“Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya seperti Kosmo! Online.

Pernah guna telefon awam untuk berhubung

Pada masa sama jika pengarah filem ‘Jangan Pandang Belakang’ itu mahu mengetahui hal semasa maka dia akan meminjam telefon isteri.

“Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.

“Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya.

Baca juga: Mawar anggap diri lebih gembira, tak akan dedah aib keluarga walaupun sudah sah bercerai