Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baru setakat semalam akibat Covid-19.
Menerusi laman COVIDNOW, keseluruhan jumlah kematian kini sebanyak 31,793 kes.
Tiada kes dilaporkan membabitkan pesakit meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan atau ‘brought-in-dead’ (BID).
BID kini kekal dengan keseluruhan 6,415 kematian.
Pada semalam juga, KKM merekodkan 2,584 kes sembuh baharu menjadikan keseluruhan kes dibenarkan keluar wad sebanyak 2,735,355 kes.
Sementara itu, penggunaan katil-katil hospital setakat 16 Januari, mencecah 65.6 peratus, manakala penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 52.7 peratus.
Daripada 3,010 kes baharu yang dilaporkan semalam, 28 kes atau 0.9 peratus adalah dari kategori 3,4 dan 5.
2,982 kes atau 99.1 peratus lagi terdiri dari kategori 1 dan 2.