15 kematian baru akibat Covid-19

Oleh NASUHA RAHMAN

Sebanyak 15 kes kematian yang baru akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu meningkat kepada 31,738 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan 40 peratus atau 6 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Daripada data KKM di di portal CovidNow, Pahang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu seramai 4 orang diikuti Johor (2), Kelantan (2), Perak (2), Negeri Sembilan (1), Sabah (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 14 daripada 15 kematian yang dilaporkan atau 93.3 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 961 kematian bagi setiap satu juta penduduk dan merupakan yang keempat terburuk di Asia.