Pastinya semua mahukan zuriat sendiri selepas berkahwin, malah ada yang tunggu berpuluh tahun demi cahaya mata.
Buat Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan, dia akhirnya menerima cahaya mata di usia 43 tahun selepas menanti lebih sedekad.
Menurut Kosmo, kehadiran anak perempuan yang kini berusia dua bulan menjadi hadiah teristimewa, hasil perkahwinan kedua.
Tular video pemandu lori yang kelihatan sebak mengendong anaknya buat kali pertama di hospital.
Malah dia tidak menyangka isterinya akan hamil di usia lebih 40 tahun. Dia berkahwin dengan Mastura yang juga ibu tunggal anak lima pada tiga tahun lalu.
“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak,” katanya.
Baca juga: Siap ‘belanja’ jari tengah, anak warga asing ini berani berlagak samseng