18 tahun dalam industri, Alif Satar dedah tak pernah pergi ‘after party’ anugerah

Oleh MAISARAH AISYA

Berbelas tahun dalam industri pastinya memberi pengajaran buat mana-mana artis dan pelakon.

Pastinya ada banyak rahsia di sebalik industri seni yang tersimpan rapi dalam kalangan artis dan pelakon.

Buat penyanyi, Alif Satar, dia menganggap kejayaan dimilikinya hari ini tidak kira karier atau kehidupan peribadi adalah berkat doa ibu bapanya dan sokongan isteri, Sha Dila Halid.

Menurut Harian Metro, penyanyi berusa 34 tahun itu juga mendedahkan tidak pernah menghadiri ‘after party’ mana-mana anugerah sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.

“Saya selalu fikir semua kejayaan yang ini adalah doa mama dan ayah saya. Malah, saya bersyukur ibu bapa masih ada, isteri saya sangat menyokong dan apa yang saya buat semua, saya pergi bekerja dan balik ke rumah.

“Saya tak ada nak pergi ‘event’ (majlis), tiba-tiba ada ‘after party’ dan jomlah lepak ‘after party’ sekejap, saya tak pernah (ikut). Daripada umur saya 16 tahun, saya tak pernah (after party).

Baca Artikel Penuh