Sistem berbeza boleh menjadi asbab kecelaruan dalam pembayaran gaji staf yang sudah lama berhenti bekerja.
Setelah 19 tahun tidak menjalankan tugas sebagai seorang guru, Kementerian Pendidikan Kuwait mengakui terkejut dengan pendedahan bahawa bekas kakitangan masih menerima gaji.
Seorang guru bahasa Arab ekspatriat yang tidak dikenali di sebuah sekolah rendah dilaporkan menerima 105,000 dinar dalam pembayaran gaji walaupun tidak hadir bekerja lapor Times Kuwait.
Menurut fakta yang dinyatakan dalam keputusan Peguam Negara, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan aduan kepada Pendakwa Raya mengenai ketidakhadiran guru tersebut dari kerja.
Guru wanita tersebut telah tidak hadir tanpa alasan selama 15 hari berturut-turut, bermula dari 4 September 2005, permulaan tahun persekolahan 2004-2005.
Ini menyebabkan dia menerima gajinya dari masa dia berhenti bekerja sehingga 24 Mei 2024.
Keputusan tersebut menyatakan bahawa guru tersebut telah dilantik sebagai guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah pada 24 Ogos 2004.
Pengetua sekolah mengesahkan bahawa dia tidak bekerja di situ sejak mengambil alih tugas pentadbiran pada tahun 2015 bagaimanapun, namanya tetap berada dalam sistem.
Pada Februari 2024, selepas sistem cap jari diaktifkan, didapati bahawa namanya masih disenaraikan dalam sistem, walaupun dia tidak bekerja.
Akibatnya, siasatan pentadbiran baru telah dilancarkan, ini menyebabkan penangguhan gajinya dan penamatan perkhidmatannya.
Keputusan itu juga menyebutkan notis daripada Pengarah Jeneral kawasan pendidikan mengenai ketidakhadiran guru tersebut dari kerja bermula pada 24 Ogos 2004.
Jumlah keseluruhan pembayaran gaji yang diterima secara tidak adil dari tarikh ketidakhadirannya hingga 23 Mei 2024, berjumlah 105,331 dinar (RM1.5 juta), yang dipindahkan setiap bulan ke dalam akaunnya.
Siasatan mendedahkan bahawa guru tersebut tidak menggunakan akaun banknya sejak berhenti kerja, ini menunjukkan tiada niat jenayah untuk menyalahgunakan dana awam.
Tambahan pula, rekod kemasukan dan keluar dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa dia telah meninggalkan Kuwait pada 14 Jun 2005.
Baca juga: Kecewa ada pemborong minta harga tak masuk akal sehingga 70 sen untuk 1kg tembikai