2 lagi penasihat menteri dilantik

Oleh BORHAN AHMAD

Walaupun negara sudah mempunyai menteri kabinet yang terlalu ramai di samping pemegang jawatran bertaraf menteri dan kedudukan kewangan negarapun tidak berapa baik, namun Menteri Luar tidak segan silu mengumumkan pelantikan dua orang lagi penasihat khas bagi menteri iaitu  bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa.

Pengerusi Gerakan Pahang yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Ranndy Yap Kim Heng dilantik sebagai penasihat khas Kepada Menteri Luar Mengenai Asia Timur.

Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris pula dilantik sebagai Penasihat Khas Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa berkuat kuasa Oktober dan November lalu, umum Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang menegaskan, pelantikan itu disebabkan bidang pengalaman mereka yang belum lagi wujud di Wisma Putra, lapor Astro Awani.

Saifudin mendakwa, pelantikan kedua-dua inividu berkenaan tidak membabitkan sebarang kos tambahan kepada kementerian.

“Ini adalah semata-mata untuk menambahkan lagi maklumat dan meningkatkan lagi profesionalisme kami di Wisma Putra,” kata beliau.

Sebelum ini, pelbagai jenis penasihat, duta bertaraf menteri dan pelbagai jenis jawatan lagi diwujudkan oleh kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri dan juga kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin ketika kerajaan terpaksa berhutang untuk melaksanakan program untuk rakyat.