Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan semula peningkatan kes Covid-19 selepas semalam berjaya merekodkan kes di bawah 18,000.
Hari ini negara merekodkan 20,837 kes positif Covid-19 baharu menjadikan kumulatif kes positif dalam negaea sebanyak 1,593,602 kes.
Sementara sembilan negeri mencatatkan kes melebihi empat angka dengan didahului Selangor 4,645 kes, diikuti Sabah 3,376 kes dan Pulau Pinang 2,054 kes.
Manakala Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284), Perak (1,242).
Sementara itu Pahang (521), Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27), Labuan (4).