Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 20,889 kes positif baharu menjadikan kumulatif kes dalam negara sebanyak 1,224,595 kes.
Sementara itu, lima negeri mencatatkan angka melebihi 1,000 kes dengan yang tertinggi iaitu Selangor sebanyak 8,792 kes.
Diikuti Kuala Lumpur 2,483 kes, Kedah 1,371 kes, Sabah 1,291 dan Johor 1,275 kes.
Sementara itu, Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122), Labuan (9), dan Perlis (9).