Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 20,897 kes positif baharu dengan satu kes adalah kes import.
Jumlah keseluruhan kes positif dalam negara ketika ini sebanyak 1,746,254.
Negara mencatatkan 282 kes kematian baharu menjadikan kumulatif kematian disebabkan Covid-19 sebanyak 16,664 kematian.
Manakala 1,005 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 406 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Setakat hari ini juga, sembilan negeri masih mencatatkan angka kes melebihi 1,000 dan didahului Selangor dengan 4,371 kes.