Bila sudah berkahwin maka banyaklah individu yang cuba buat sebaiknya untuk menambat hati mentua.
Tapi biasalah orang tua ini, kalau sudah tak suka, buat apa sekalipun dia tetap tak akan suka dengan kita.
Seorang wanita terasa hati dengan sikap mentua dan ahli keluarga suami yang terang-terangan tidak suka akan dirinya.
Di bawah adalah luahan yang diambil daripada sebuah portal dalam talian.
Saya dah 22 tahun berumah tangga. Anak dua orang, seorang lelaki (15 tahun) seorang perempuan (13 tahun).
Lama saya pendam, puas dah mengadap kata nista daripada keluarga mentua. Tapi Alhamdulillah, suami sentiasa di pihak saya. Suami sangat memahami dan suami sangat menjaga hati saya.
Bila baca, rasa macam lama sungguh 22 tahun tu kan. Dah sebati, dah terikat rapi, dah kenal hati budi. Saya memang dah anggap keluarga mentua macam keluarga sendiri.
Selama ni saya yang suka balik ke sana. Suka dengan suasana kampung dan tanah lapang disekelilingnya. Almaklum la, kami duduk dibandar rumah tinggi.
Rupa-rupanya keluarga mentua tak pernah menerima saya pun. Saya masih tetap orang luar. Selepas 22 tahun saya tetap seorang tetamu yang tak diundang.
Tolong kemas bilik arwah bapa mentua
Kisahnya, masa tahun 2021 ayah mentua meninggal dunia. Dan selepas itu, mak mentua berpindah bilik. Dia tak mahu tidur di bilik lama yang penuh dengan kenangan arwah ayah.
Jadi, kami yang sesekali balik ni kena simpan baju, bersiap dalam bilik arwah ayah. Bilik tu masih sama seperti dulu, penuh dengan almari baju dan barang-barang arwah ayah.
Kami juga terpaksa tidur bergelimpangan di ruang tamu, sebab ada dua bilik yang tak dapat kami gunakan.
Ya, saya sentiasa bertudung 24 jam di rumah mentua. Dah biasa, walau waktu tidur pun saya sentiasa bertudung.
Tapi suami kesian dengan saya, jadi dia minta saya kemaskan sikit bilik arwah ayah. Sekurang-kurangnya ada bilik untuk saya rehat buka tudung sekejap.
Saya kosongkan atas katil dari karpet-karpet lama, saya susun almari baju supaya ade ruang untuk kami duduk berehat. Perkara ni berlaku setahun selepas arwah ayah meninggal dunia.
Tak lama lepas balik bandar, kami dapat tahu mak mentua marah kami kemas bilik tu. Dia marah-marah kata kami sesuka hati usik barang arwah ayah.
Kena marah dengan ipar duai
Dia mengadu pada anak-anak yang lain dan anaknya sound saya dalam group WhatsApp.
Katanya saya tak beradab, masuk rumah orang buat macam rumah sendiri. Acah-acah mengemas tapi sebenarnya nak selongkar barang arwah ayah.
Allah… Kalau tak bagi kemas kenapa tak cakap terus depan muka saya? Sedangkan masa kami menyapu dan mop lantai tu mentua ada bersama-sama dengan kami.
Suami pilih tak balik kampung selalu
Disebabkan perkara ni, suami jadi berkecil hati dengan keluarga dia. Dia suruh saya keluar dari group dan tak perlu ambil tahu apa-apa lagi. Dia juga jarang pulang ke kampung.
Saya jadi serba salah sebenarnya. Saya tak nak dia jadi derhaka, saya tahu dia memang jalankan tanggungjawab dia sebaiknya pada mentua.
Dia bayarkan bil air, elektrik, belikan barang dapur dan bagi duit belanja. Cuma saya agak terkilan bila dia jarang nak balik kampung dah sekarang ni.
Banyak lagi perkara yang jadi sebelum-sebelum ni cuma saya tak ambil hati sangat. Saya sedar saya hanya menantu.
Jarang saya cerita pada suami walaupun berkecil hati dengan mak mentua.
Mentua tak bagi masak, rasa pun tak pernah
22 tahun berkahwin, hanya tiga kali saya pernah masak di kampung. Mentua memang tak bagi saya memasak. Saya hanya tolong-tolong je.
Pernah saya nak goreng ikan, minyak dah panas saya masukkan ikan. Mak mentua saya keluarkan balik ikan tu sebab dia kata minyak belum panas.
Kisah memasak di rumah mentua, pertama kali masak diawal perkahwinan tak ada siapa nak makan. Mentua kata tak kena dengan selera dia.
Kali kedua masak pun sebab anak saya minta lauk lain. Kali ketiga, saya masak bersama-sama biras pada hari raya ketiga (tahun 2019 rasanya) sebab ada tetamu nak datang.
Lepas masak, suami ajak saya keluar jalan-jalan. Bila balik rumah, saya nampak semua lauk habis jadi saya rasa lega.
Bila suami pergi dapur buka tudung saji, nampak lauk saya tertutup rapat seperti disorokkan.
Tak berusik langsung seperti mana saya tinggalkan tadi. Sekali lagi saya redha je. Tak apa lah. Saya pun dah berumur. Insya Allah panjang umur saya juga bakal jadi mentua.
Saya sentiasa berdoa agar saya dapat jadi orang tua yang menyenangkan. Semua ni pun ujian juga.
Saya cuma berharap perkara ni tak berpanjangan. Moga suami saya tak ambil hati lagi. Moga dia terus jadi anak yang berkhidmat pada maknya.
Baca juga: Ramai perasan papan tanda “IPOH” berderet dipasang sebelum tol, apa penyebabnya?