Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 22,133 kes positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 3,083,683 kes.
Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, 21,987 kes (99.34 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Manakala 146 kes lagi iaitu 0.66 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.
Perincian kes seperti berikut
Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%)
Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%)
Kategori 3 : 102 kes (0.46%)
Kategori 4 : 24 kes (0.11%)
Kategori 5 : 20 kes (0.09%)