Sebanyak 23,100 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,442,736.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini berjumlah 293,499, meningkat 60.5 peratus berbanding tempoh dua minggu lalu.
Selangor mencatatkan kes harian tertinggi semalam iaitu 6,098 diikuti Kedah, Johor dan Sabah masing-masing 2,782, 2,367 dan 2,174 kes.
Sementara itu, terdapat 75 kes kematian baharu yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 20 daripadanya dikelaskan sebagai ‘meninggal dunia di luar hospital’ (BID).
Angka kematian baharu itu menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 mencecah 32,749 sejak permulaan wabak pada Mac 2020.
Negeri dengan angka kematian tertinggi ialah Selangor (22) diikuti Johor (13), Sabah (11), Kedah (7), Perak (7), Kelantan (3), Melaka (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Sarawak (1), Kuala Lumpur (1), .
Dalam masa sama, 7,881 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 361 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU).