Siapa menyangka sampel DNA yang dihantar ke hospital akhirnya telah menyatukan Mei dengan keluarga kandungnya setelah terpisah selama 25 tahun.
Perpisahan itu menjadikan Mei anak angkat kepada keluarga jutawan, dia akhirnya kembali ke pangkuan keluarga kandungnya yang juga multi-millionaire.
Menurut Mothership.sg, lelaki yang dikenali sebagai Mei Zhiqiang menceritakan semula pengalamannya diculik ketika berumur dua tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penyeludupan manusia.
Selepas diculik, dia telah tinggal dengan sebuah keluarga setelah dijual namun dibuang kerana kurus akibat tidak dapat makan dengan baik berikutan sistem pencernaan badannya yang lemah.
Selepas itu, Mei dijadikan anak angkat keluarga jutawan yang menjaganya dengan baik, malah dia hanya sedar situasi tersebut ketika di sekolah rendah kerana perbezaan ketara.
Dengan bantuan keluarga angkatnya yang kaya, dia bekerja di sebuah hospital selepas tamat persekolahan, dan saat itu dia mula menyimpan hasrat untuk mencari keluarga kandung.
Jadi, dia memutuskan untuk menghantar sampel DNA dirinya di Putian di wilayah Fujian dan pada Jun 2022 dia akhirnya berjumpa semula keluarga kandungnya.
Rupa-rupanya, keluarga kandungnya adalah multi-millionaire dan dikatakan lebih kaya daripada keluarga angkatnya dan tidak pernah berhenti mencarinya selepas diculik pada tahun 1997.
Walaupun tidak ditemui, keluarga kandung Mei tetap menyambut hari lahirnya namun tidak mampu untuk memotong kek hari jadi kerana teringat akan dirinya.
Kakak Mei yang enam tahun lebih tua darinya juga telah menyalahkan dirinya selepas Mei diculik kerana dia tidak menjaga adiknya dengan baik sehingga Mei diculik.
Menurut Mei, keluarga angkatnya sangat menyokong keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga kandungnya walaupun pada mulanya mereka sedih kerana telah bersama lebih 30 tahun.
Jadi, Mei berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menjaga dan menyayangi kedua-dua keluarganya itu.
Mei kini sedang belajar untuk menguruskan perniagaan ayah kandungnya yang berhasrat mahu mewariskannya kepada dirinya satu hari nanti.
Baca juga: Raih lebih RM800 juta dengan menipu, lelaki berdepan penjara 280 tahun